I wrote this last two years... back in December 2009 to be exact.. and today, i accidentally read it and so the feelings hit me right through my heart like the first time i received that news.. still feels like the FIRST TIME.. haiizz... *I miss you so bad*
Di manakah kita, apakah yang sedang kita lakukan sewaktu orang yang kita sayangi menghembuskan nafasnya yang terakhir? ..............
Petang itu, seperti biasanya.. sekitar jam 6.00, aku sudah pun berlunjur di ruang tamu rumah, sekembali dari kerja. Kemudian, mengaktifkan Facebook di kamar tidur. Perut masih kosong, namun belum lapar. Aku memutar-mutar waktu.. sesekali tersenyum membaca coleteh teman-teman.
Rinnggg… ringgg… (ringtone sebenar lebih merdu, lagu Over You – Chris Daughtry )
Nama ibu tertera..
“Hello ma!” Sambil tersenyum lebar..
Suara lelaki kedengaran di hujung talian.
“Majawab!” (dia memanggil nama uncle .. adik kepada ibu)
“Eh, bukan Uncle Majawab ni.. si Maliana ni”
“Aih.. Maliana…….”
‘Kada! Kada!........’ suara ibu, sekadar dapat didengari (yang bermaksud, Jangan! Jangan!). Lalu mereka berbalas kata di dalam bahasa ibunda ku -Dusun Kimaragang- . Aku memberikan sedikit waktu untuk mereka berbicara sebentar.. lalu..
“Oh.. salah sy dail.. siou kie. O, bah” katanya dan memutuskan talian.
Ibu memang gemar melakukan itu sebelum ini. Katanya, nama ku dengan uncle berdekatan di dalam senarai telefon bimbitnya. Dan aku maklumi itu.
Aku melayari internet semula...
30 atau 40 minit kemudian…
Lagu Over You membingit telinga….
Calling….
Sis Why
“Uiii!! Wai”
“Apa ko buat?”
“Teda juga.. main internet. Napa?” Ada sedikit kelam. Dia tidak ceria seperti biasanya..
“Oh.. ko free juga ka ni?” kini terselit getar suara seorang kakak yang cekal hatinya..
“Tiada apa-apa sy buat ni. Napa?!” Suara ku dipinjam resah..
“Anu ba Nong..” Dia mula menahan kertap bibirnya..
“Apa Wai? Napa??”
“Ko sabar saja ah Nong..” semakin getar suaranya..
Ibu. Itu hal pertama terdetik di fikiran. Adakah dia dimasukkan semula ke hospital dalam keadaan kritikal seperti yang lepas-lepas? Dia hampir menamatkan nyawanya suatu tika dulu kerana status kesihatannya yang kurang memuaskan, tetapi usia masih menjauhi hujungnya. Lalu aku memungkinkan segala perkara yang akan berlaku pada ibu…agar aku lebih bersedia mendengarkannya..
“Si bapa ba..” Dia mula teresak-esak..
“Napa dengan bapa?”
“Dia jatuh..”
Pasti ibu panik dan tidak sedarkan diri selepas kejadian itu, lalu dikejarkan ke hospital.. seperti yang lepas-lepas.. kerana ibu mudah risau dan panik di dalam serba-serbi perkara; besar ataupun remeh. Lalu aku memungkinkan segala perkara yang akan berlaku pada ibu…agar aku lebih bersedia mendengarkannya..
“Dan dia tiada suda..”
“HHHHHHHHAAAAAAAAAAAAAAAA???????????!!!!!!!!!!!!.......”
……………………….
Sepenuh tenaga jiwa dan raga aku laungkan.. bergema di segenap ruang perumahan kondominium yang ku diami.. biar aku laungkan semahu-mahunya untuk beberapa saat di episod kehidupan ku ini.. yang tidak mungkin mampu untuk ku laungkan semula semudah-mudahnya..
Ingin menangis.. Hati tidak ingin menangis.. Ingin bersedih.. jiwa tidak ingin lekang dari kentalnya.. aku terlunjur longlai jatuh ke lantai.... khudrat ku tersembam menjunjung bumi.. aku laungkan lagi.. “ARRRRRGGHHHHHHHHH!!!!!! ” sekuat hati yang terdaya.. "OH TUHAN, TOLONG SAYA! TOLONG SAYA TUHAN!” .. biar aku tempikkan.. biar puas kali ini.. biar pincang tekak kerongkong yang perit dan kering ini.. biar berselirat urat nadi dan darah ku.. pekat mengalir tanpa arah.. biar luluh degup jiwa berkecai menghiris jantung yang tercarik... biar… BIARKANLAHHHHH!!!!
“Nong.. Nong.. sabar ah Nong.. Kita beserah saja pada Tuhan ah. Dia saja yang dapat melegakan semua ini”
Lalu kami menangis-seperti-tak-ingin-menangis bersama-sama.. teresak-esak menjadi yatim.. biarlah tangisan ini sumbang tidak berlagu.. jemari ku mula menggeletar.. walau aku cuba meredakannya. Aku menarik nafas panjang.. otak suda tidak mampu berfikir. Aku jadi gila buat seketika.
Tiba-tiba terasa tidak ingin menangis.
Tiba-tiba terasa seperti biasa cuma masih di awang-awangan..
Tiba-tiba normal.
“Bila ni jadi?”
“Baru tadi petang”
“Ada bawa pigi hospital lepas dia jatuh?”
“Macam dorang mau bawa..tapi tidak sempat tu”
“Pasti sudah ka dia meninggal? Siapa yang pastikan bapa suda meninggal?”
“Ramai suda dorang tu di rumah tolong tengok tu kejadian”
“Hantar pergi hospitallah. Manatau masi hidup lagi.. dorang yang salah analisis ja”
“Tapi.. tiada suda tu Nong..”
Awaiting call….
My Hospital…
“Wai.. ada on-call kes. Hospital call ”
“Ok..Ok..Nanti kita bercontact lagi”
“K.”
Switch call..
“Hello”
“Hai Melly.. ni ada satu x-ray..kes emergency ”
“Accident ?”
“Iyeap”
“K. Lagi 15 minit sy sampai.”
Sewaktu di dalam perjalanan menuju ke hospital tempat kerjaku.. peluh dingin membasahi tubuh.. langkah ku luas dan tegas. Aku membawa diri ku yang kosong.. KOSONG.. hanya jasad ku diheret langkah di luar sedar-otakku. Semua ilmu yang ku pelajari selama 5 tahun setengah hilang tak terjejak. Peluh semakin mencurah-curah.. masih ada tersimpan di benak, yang belum terluah. Syukurla kes tersebut selamat aku langsaikan.. CEO lalu di hadapan department ku pada saat yang sempurna, tepat pada waktunya.
“Puan…”
“Awak ok? Awak kenapa?”
Aku memandang tepat ke matanya.. menarik nafas dalam sebelum menjawab soalannya..
“Ayah sy meninggal”... lalu apa yang tersimpan perlahan-lahan membuak..
Beliau terkedu.. tercengang.. lalu dia mendepakan lengannya..memelukku erat.
Aku seperti anak kecil menangis di bahunya.. tersedu-sedu. Akhirnya….. aku ikhlas menangisi permergian ayah……. *sigh*
Hati menjadi ringan sedikit.
Pesanan ringkas/sms mula menghujani telefon bimbit ku dengan kata-kata semangat. Terima kasih teman-teman. Tuhan memberkati hidup kalian. Aku membuat beberapa panggilan telefon. Antara yang terawal adalah kepada sahabat karibku Lawrence (Thank you. You were there when I need you) kemudian diikuti dengan Christine.
“Chris….” aku menangis..
“Siou..sorry.. sorry.. sorry...” katanya perlahan di hujung talian.
“Boleh ka sy minta tolong?” jemari ku tidak mampu lagi menyapu linangan air mata ku. Ku biarkan ia membasuh hati yang sarat.
“Boleh. Apa?”
Sambil tersedu-sedu, “Mari kita pray. Ko yang cakap ah”, aku memujuknya untuk menemaniku saat itu.
Lalu.. kami menutupkan mata.. mula memanjatkan doa kesyukuran di atas segala yang berlaku di bawah langit dan dia atas bumi…sambil jemari menggenggam kemas telefon bimbit masing-masing. Doanya di hujung talian membawa khudrat ku kembali menjejak bumi.
Malam itu juga sekitar pukul 10.00 pm, aku mengambil teksi ke LCCT. Terima kasih Norman kerana sanggup pulang awal dari tempat kerja semata-mata ingin menemaniku ke LCCT (katanya, ‘bahaya tu naik teksi saturang’). Aku bersama dua orang abangku membeli tiket penerbangan balik ke sabah yang hanya mempunyai kekosongan pada pukul 4 pagi keesokkannya. Kami menghabiskan waktu itu dengan berbual masa indah kami bersama ayah.. kadang mengeluh.. tapi selebihnya tertawa; banyak menangis tapi lebih banyak lagi bahagia.. (seperti sis Witha katakan. Iya kan?)
Kata mereka.. kita boleh merasakan sesuatu yang kurang selesa ketika orang yang kita sayangi sedang mengalami kesusahan apatah lagi di sisa hembusan nafasnya.. tapi aku? Hmmm =’(.. Hari ini (02 Disember 2009), genap setahun pemergian ayah.. dan aku tidak akan pernah biasa dengan ketiadaannya walaupun bertahun-tahun sudah berlalu.. sampai hujung nyawaku..
Di manakah kita, apakah yang sedang kita lakukan sewaktu orang yang kita sayangi menghembuskan nafasnya yang terakhir? ..............
Mudah-mudahan jalan kita selalu lurus..agar ketika kita kembali kepadaNya.. Dia menemukan jasad kita terbaring dia atas jalan.. jalan yang direstuiNya di dalam kehidupan kita. Atas daripada semua ini.. aku bersyukur kepada Tuhan kerana kasih dan berkatNya yang tidak berkesudahan.
No comments:
Post a Comment